BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 1, 2010

## Mahmudah vs Mazmudah

Salam buat semua sahabat yang sentiasa diingati.. Salam untuk semua.. Semoga sentiasa berada di bawah perlindungan Allah dan mendapat Rahmat dan kasih sayangNya. Semoga kebaikan sentiasa mengiringi kehidupan anda.. Semoga hidup kalian dipenuhi keindahan dan kebahagiaan. Adapun yang datang itu kesulitan bagi kalain, maka bersabarlah dan sentiasalah dekatkan diri dengab Rabb Yang Maha Esa kerana hanya Dia Yang Berkuasa membuka ruang kesulitan itu dan menganugerahkan kesenangan kepada setiap hambaNya dan panjatlah kesyukuran dengan mengucapkan kalimah puji-pujian .. Alhamdulillah...

 Baik sangka
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:" Allah s.w.t berfirman: " Aku sesuai dengan prasangka hambaKu kepada DiriKu." (Riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w bersabda: " Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan berbaik sangka dengan Allah"
Apa yang dimaksudkan berbaik sangka dengan Allah? Bersangka baik di sini rasa takut dan harap yang saling bergandingan atau rasa takut mengatasi rasa harap.
Dengan siapakah kita perlu bersangka baik? Dengan Allah lebih utama dan kemudian sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama manusia.

 Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah:
  1.  Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa  Allah akan meneriman ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
  2. Apabila berdoa, dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
  3. Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
  4. Apabila ditimpa musibah,dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.
Seorang hamba yang bersangka baik debgan sesama manusia lain:
  1. Memandang seseorang itu dari sudut positif dan mengabaikan dari sisi negetif.
  2. Tidak menyebarkan keburukan  saudara seislam yang lain.
  3. Nasihat-menasihati andai ada kekurangan yang terdapat pada individu tersebut.
  4. Saling mendoakan kesejahteraan.
  5. Mudah memaafkan.
Semoga hati-hati kita dilimpahi baik sangka dengan segala-galanya, baik sangka dengan Allah, sesama manusia dan segala peristiwa yang menimpa kita.

0 comments: