BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 29, 2010

## Thinking Positive, Please......!!

Assalamualaikum semua.... Apa khabar hari ni? Semua ok? Harap baik-baik sahaja. K, malam ni insan ini nak coretkan sesuatu yang insyaAllah boleh direnung bersama, seterusnya memuhasabah diri kita dan bersusaha untuk berhijrah ke arah yang lebih baik bermula dari saat ini.

Kadang-kadang , bila sesuatu yang buruk berlaku pada diri kita, tak kiralah samada sesuatu yang baik atau yang buruk (selalunya yang buruk dan yang kita sendiri tak nak ianya berlaku pada diri kita) , macam-macam prasangka yang terus muncul dalam fikiran. Macam-macam yang difikirkan sampai sesuatu yang kita tak tau sejauh mana kesohehan atau kebenarannya terus kita fikir dan buat kesimpulan yang negatif.

Contoh fikiran negatif?? Hmmm.. K, ini contoh je okey.. Tersebutlah kisah... Ada 2 orang sahabat yang dah memang bersahabat sejak sekian lama.. (selama mana tu, insan ini tak berapa nak pasti la.. Tapi sekali lagi perlu diingatkan, bahawa kisah ini tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati.) Sahabat yang pertama bernama Aminah dan yang seorang lagi bernama Basirah. Diorang ni memang jarang bergaduh dan kalau dah bergaduh pun, takde la sampai teruk-teruk punya gaduh. Gaduh ala-ala manja gitu, kan. Pastu salam balik.. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, si Aminah ni dengan tidak sengajanya telah merosakkan jam tangan kesayangan Basirah. Aminah takut untuk memberitahu Basirah tentang kerosakan jam itu dan dia terus buat keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.

Macam-macam yang difikirnya dan macam-macam andaian yang dibuatnya. : " Kalau aku beritahu Basirah, mesti dimaki hamunnya aku nanti, mesti dia mintak ganti rugi... Mesti dia akan sebarkan kepada orang lain yang aku ni tak pandai jaga barang orang. Pastu mesti orang lain pandang serong kat aku. Mesti semua orang akan benci aku... Seterusnya, mesti itu... dan mesti ini....." Macam-macam yang negatif muncul di fikirannya dan akhirnya boleh menjerumuskan dirinya ke arah melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya sekaligus dirinya telah diserang 'penyakit hati' . Padahal 'penyakit hati' itu berpunca daripada kesilapan yang dia sendiri lakukan..
Apalah salahnya kalau dia berterus terang dan memohon maaf atas kesilapannya itu, lagi senang, kan. Berani kerana benar, biarpun pahit untuk kita mengakui kebenaran itu. Mugkin semua fikiran negatif yang dibina Aminah sebentar tadi, tak satu pun yang benar. Mungkin juga Basirah akan berlapang dada menerima ketetapan itu. Tetapi, jika kita di tempat Basirah, jangan pula kita terus menyalahkan Aminah jika dia terus meminta maaf dan mengakui kesilapannya itu. Ingat, terus bina prasangka yang baik.. Didik hati, jiwa dan diri kita untuk menerima segala ketentuan Allah. Sabar bila sesuatu yang kita tak suka, terjadi pada diri kita.

Oleh itu, sentiasalah kita memulakan hari kita dengan membuat prasangka yang baik.

Suatu hari, bila kita dah terlewata bangun untuk ke tempat kerja atau tempat belajar, jangan sesekali kita menyalahkan diri kita ataupun orang lain.. Terus bina prasangka yang baik.
Bila nanti di dalam perjalanan untuk ke destinasi kita, kita terperangkap pula di dalam kesesakan lalu lintas yang teruk... Macammana? Sabarkan diri kita.. Bina prasangka yang baik. Jangan salahkan pemandu-pemandu yang lain. Mungkin di depan sana ada sesuatu yang berlaku. Mungkin kemalangan? Mungkin lampu isyarat rosak? Siapa tahu, kan?... Oleh itu, tarik nafas....... Lepas...... FFuuuuhh!!..... Sabar...
Begitulah yang seterusnya.... Terus bina prasangka yang baik untuk menjalani dan mendapatkan hari yang baik buat kita...... Jumpa lagi..
Fii Amaanillaah....

## Pesan Seorang Nenek

Nenek berpesan kepada cucunya..Ilmu bukan hanya untuk dipelajari. Apa yang dituntut ialah kita beramal dengan hati yang jernih. Sekiranya dengan ilmu itu kita semakin sombong dan hebat berbanding orang lain, bermakna kita tidak mendapat manfaat daripada ilmu tersebut.
So, sebagai kesimpulan daripada pesanan nenek itu ialah, ilmu bukanlah untuk dibangga-banggakan, tetapi ilmu adalah untuk diamalkan.
Orang yang berpelajaran rendah tetapi dia sentiasa beristiqomah dalam mencari ilmu dan perlaksanaan, seterusnya dia menyebarkan ilmunya itu adalah lebih baik dari orang yang banyak ilmu, belajar sampai ke luar negara, buat phD, tetapi belajar bukan untuk beramal bahkan sekadar untuk menunjukkan kehebatannya yang berpelajaran tinggi. Amatlah rugi orang yang sebegitu. Nauuzubillahi min dzalik. Renung-renungkan dan selamat beramal..
Fii Amaanillaah..

Sunday, March 28, 2010

## Wanita Beribadah Sambil Bekerja

Keadaan dunia masa kini menyaksikan ramai wanita yang keluar bekerja di luar rumah, seiring dengan kaum lelaki, di samping membantu keluarga mengukuhkan kedudukan kewangan. Di sebalik sibuk di tempat kerja, wanita juga tidak kurang juga sibuknya di rumah melayan anak-anak sekaligus berkhidmat untuk sang suami.


Akibatnya, masa untuk melakukan beberapa ibadah sunat mungkin kian terbatas. Bagaimanapun, ada jalan penyelesaian bagi isu dan senario ini. Wanita masih boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah dalam kesibukan bekerja. Di antaranya:


· Berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

· Berpuasa lisan daripada mengumpat, mengadu domba dan menyakiti hati orang lain dengan kata-kata.

· Sentiasa beristighfar memohon keampunan dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w pada sela masa bekerja, semasa dalam perjalanan pergi atau balik dari tempat kerja.

· Mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Sekiranya anda menuju ke tempat kerja dengan kenderaan persendirian, maka bolehlah dipasang bacaan tersebut di dalam kereta.

· Bersedekah tanpa wang seperti menguntumkan senyuman kepada rakan sekerja, mengajak ke arah melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

· Meluangkan waktu untuk melakukan solat Dhuha.

· Menyegerakan solat fardhu.

· Menyebarkan salam kepada rakan sekerja sesama muslim.

· Niatkan kerja sebagai satu ibadah dan ikhlaskan niat semata-mata untuk menggapai keredhaan Allah.

· Sentiasa berpakaian menutup aurat dan bersesuaian dengan perintah Allah.

· Menjaga batas-batas pergaulan dengan rakan sekerja yang berlainan jantina.

Wallaahu a’lam. Fii Amanillah. Wa ilalliqoo’.