BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

## Wanita Beribadah Sambil Bekerja

Keadaan dunia masa kini menyaksikan ramai wanita yang keluar bekerja di luar rumah, seiring dengan kaum lelaki, di samping membantu keluarga mengukuhkan kedudukan kewangan. Di sebalik sibuk di tempat kerja, wanita juga tidak kurang juga sibuknya di rumah melayan anak-anak sekaligus berkhidmat untuk sang suami.


Akibatnya, masa untuk melakukan beberapa ibadah sunat mungkin kian terbatas. Bagaimanapun, ada jalan penyelesaian bagi isu dan senario ini. Wanita masih boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah dalam kesibukan bekerja. Di antaranya:


· Berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

· Berpuasa lisan daripada mengumpat, mengadu domba dan menyakiti hati orang lain dengan kata-kata.

· Sentiasa beristighfar memohon keampunan dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w pada sela masa bekerja, semasa dalam perjalanan pergi atau balik dari tempat kerja.

· Mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Sekiranya anda menuju ke tempat kerja dengan kenderaan persendirian, maka bolehlah dipasang bacaan tersebut di dalam kereta.

· Bersedekah tanpa wang seperti menguntumkan senyuman kepada rakan sekerja, mengajak ke arah melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

· Meluangkan waktu untuk melakukan solat Dhuha.

· Menyegerakan solat fardhu.

· Menyebarkan salam kepada rakan sekerja sesama muslim.

· Niatkan kerja sebagai satu ibadah dan ikhlaskan niat semata-mata untuk menggapai keredhaan Allah.

· Sentiasa berpakaian menutup aurat dan bersesuaian dengan perintah Allah.

· Menjaga batas-batas pergaulan dengan rakan sekerja yang berlainan jantina.

Wallaahu a’lam. Fii Amanillah. Wa ilalliqoo’.

0 comments: