BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 18, 2009

##SekiLas TentanG IlmU dAN HarTA



Ilmu
itu lebih baik daripada harta.
Engkau menjaga harta tetapi ilmu menjaga engkau.
Harta mudah dicuri tetapi ilmu tidak boleh dirampas.
Harta itu berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu semakin bertambah bila dibelanjakan.

##MenGApa aKu diHiDUpkAn Di DuniA Ini ??


*UNTUK MENYEMBAH ALLAH.

Firman Allah di dalam Surah Azzaariyat: 56

Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu.

*UNTUK AKU MENYERU KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.


Firman Allah di dalam Surah Ali-Imran: 104

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh melakukan segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

*ALLAH TIDAK JADIKAN AKU SIA-SIA

Fir
man Allah di dalam Surah Al-Mukninun:115

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya mencipta kamu sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada penciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami.





##Buat ORAng MuDa..

Punya cerita duka.....
Punya cerita luka..
Itulah namanya..
Arca manusia..
Punya hati suka..
Namun sakit saat terluka..
Itulah namanya jiwa manusia..
Mengukir saat bahagia..
Menancap waktu sengsara..
Itulah taqdir cinta yang Esa..
Taqdir itu mana mungkin menzalimi..
Tetapi itu TARBIYYAH ILAHI..
Suka, duka, sengsara, bahagia,
Nikmat Tuhan buat sang hamba..
Cuma manusia harus celik menilainya..
Buat Orang muda..
Acara kamu masih menunggu puncaknya..
Walau terkadang salah bicara..
Namun Dia tetap cinta..
Walau terkadang sasar gayanya,
Dia tetap menunggu dirimu berbicara..
Bicara cinta hanya antara kamu dan Dia..
Bicara cinta agung yang pasti tiada taraNya..
Berbahagialah orang muda..
Yang pasti tahu datang dan perginya..
Hanya di sisi Tuahn yang Esa..

##MAtA HaTi DiRI


Hati
manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia.

















Pandangan mata, sifatnya menipu.
Pandangan akal fikiran pula boleh keliru.
Pandangan nafsu selalu melulu.
Pandangan yang paling tepat dan hakiki ialah pandangan MATA HATI...